Selasa, 17 Mac 2009

PANTUN KEJAYAAN


PANTUN KEJAYAAN
ANAK CINA MEMBAWA SURAT
DARI PERAK LANGSUNG KE DELI
BANGUN PAGI JANGAN LEWAT
DAPATLAH KE SEKOLAH AWAL PAGI

ITIK KE SEBERANG MENAIKI TITI
TERLANGGAR SI TUA TIDAK BERTONGKAT
BILA KE SEKOLAH BERHATI-HATI
KERANA JENAYAH KIAN MENINGKAT

KAMBING BERANAK BULAN LAPAN
ANAK KELUAR KAKI TERKANGKANG
CIKGU SIBUK MENGAJAR DI DEPAN
JANGANLAH KITA BERMAIN DI BELAKANG

CANTIK JELITA BERBAJU MERAH
ANAK MANJA KESAYANGAN AYAH
MASA PULANG JANGANLAH TERGOPAH-GAPAH
TAKKAN LARI NASI DI RUMAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan