Selasa, 17 Mac 2009

LARILAH PADANYA

LARILAH PADANYA
hidup kita sebenarnya...
tidak serumit yang disangka
cuma kita sebagai manusia
yang suka merumitkannya

ironinya...kita seperti menempah bala,
mencorak satu demi satu
masalah yang berbeza
tanpa mengira masa

tapi siapa pula
yang akan dipersalahkan oleh kita?

apabila masalah itu
telah terselak daripada halamannya

masa demi masa
pantas berlari meninggalkan kita
dan tanpa kita duga
kita semakin leka

Teman...
bangkitlah dari tidurmu yang lena usah mencorak lagi masalah yang entah apa-apa
kerna ianya hanya memenatkan kita

yakin dan tawakal padanya...
bahawa dikau dilahirkan...
untuk berjaya..
yang bisa menggegarkan dunia!!
tanpa sikitpun mereka duga..

ayuh..
ngoraklah langkahmu itu...
selangkah demi selangkah...
tanpa peduli,orang nak kata apa!!

dan Insya Allah...
engkau akan berjaya
sedangkan mereka masih terleka.

"setiap ribuan langkah,bermula dari satu langlah yang pertama.
Tanpa yang pertama, maka tidak akan
wujud yang kedua dan seterusnya..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan