Selasa, 17 Mac 2009

USAHLAH TERLALU BERKIRA



Usahlah Terlalu berkira
usahlah terlalu berkira
untuk melafaz terima kasih
kepada orang di bawahmu sekiranya kau teratas
kerana,
tidak akan terpatah kerusi empuknya walau selekuk,
tidak akan tersenget jawatanmu walau seinci,
tidak akan tergoyah kuasamu walau sebaris,
tidak akan terluak rezekimu walau sehiris,
tidak akan terjejas ringgitmu walau sekeping,
tidak akan terluntur warna kotmu walau setapang,
tidak akan terdebu bilik diammu,
hanya kerana melafazkan terima kasih.

usahlah terlalu berkira
untuk melafazkan terima kasih
kepada anak-anakmu,kerana
tidak akan terbanam ego seorang bapa
tidak akan terguris maruah seoran ibu
tidak akan tercalar takhta raja keluarga
tidak akan terobek singgahsana suri
hanya kerana melafazkan terima kasih.

usah terlalu berkira
untuk melafazkan terima kasih
untuk sahabatmu yang setia
kepada kawanmu yang penyayang
kepada sesiapa sahaja yang budiman
kerana kita tidak akan hilang apa-apa.

lafazkanlah terima kasih itu,
tanda kita berbudi,tanda kita menghargai,
tanda kita memuliakan,tanda kita murah hati
tanda kita berilmu,tanda kita berakal,
tanda kita membalas jasa

lafazkanlah terima kasih itu,kerana
ia mampu melunturkan duka nestapa
ia mampu nengendurkan ketenangan
ia mampu membangkitkan jiwa yang rawan
ia mampu merawat kesakitan
ia mampu memghilangkan penat lelah
ia mampu memertabatkan keinsanan....

lafazkanlah tanpa ragu, tanpa jemu
lafazkanlah dengan keikhlasan, ketulusan
usahlah kita terlalu berkira...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan