Selasa, 17 Mac 2009

sebuah pertemuan


Sebuah Pertemuan
ku bersyukur ke hadrat Ilahi
dengan sebuah pertemuan yang tanpa diduga ini
memberi seribu pengertian dengan harapan bagiku
untuk meneruskan sebuah perjuangan ini

tiada kata yang dapat diungkapkan
hanya dengan kata "alhamdulillah" yang mampu
ku panjatkan ke hadrat Ilahi

dengan ukhwah persahabatan yang murni
memberikan semangat untuk memgharungi
kehidupan yang penuh onak duri dan cabaran

ku hanya berserah pada Ilahi
yang menentukan segalanya...
moga ukhwah fillah yang terjalan diberkati
dan dirahmati Ilahi

LARILAH PADANYA

LARILAH PADANYA
hidup kita sebenarnya...
tidak serumit yang disangka
cuma kita sebagai manusia
yang suka merumitkannya

ironinya...kita seperti menempah bala,
mencorak satu demi satu
masalah yang berbeza
tanpa mengira masa

tapi siapa pula
yang akan dipersalahkan oleh kita?

apabila masalah itu
telah terselak daripada halamannya

masa demi masa
pantas berlari meninggalkan kita
dan tanpa kita duga
kita semakin leka

Teman...
bangkitlah dari tidurmu yang lena usah mencorak lagi masalah yang entah apa-apa
kerna ianya hanya memenatkan kita

yakin dan tawakal padanya...
bahawa dikau dilahirkan...
untuk berjaya..
yang bisa menggegarkan dunia!!
tanpa sikitpun mereka duga..

ayuh..
ngoraklah langkahmu itu...
selangkah demi selangkah...
tanpa peduli,orang nak kata apa!!

dan Insya Allah...
engkau akan berjaya
sedangkan mereka masih terleka.

"setiap ribuan langkah,bermula dari satu langlah yang pertama.
Tanpa yang pertama, maka tidak akan
wujud yang kedua dan seterusnya..."

UNTUKMU TEMAN


UNTUKMU TEMAN

Teman,
bicara ini ditujukan buatmu
yang tak pernah kenal erti jemu
bersamaku setiap masa dan waktu

di waktu malam damai sekali
bertemankan lampu di meja study
cengkerik berbunyi menghiburkan hati
membuai dikala sunyi

Oh Teman
bertahun lama kita bersama
banyak ranjau dan dugaannya

tapi kini
perpisahan muncul tiba-tiba
namun kita hadapi dengan rela
takdir yang menentukan perpisahan....
terjadi antara kita

Teman
andai kita terpisah jauh di mata
namun berkat kesabaran
kita pasti bertemu jua
seandainya tuhan mengizinkannya....

PANTUN KEJAYAAN


PANTUN KEJAYAAN
ANAK CINA MEMBAWA SURAT
DARI PERAK LANGSUNG KE DELI
BANGUN PAGI JANGAN LEWAT
DAPATLAH KE SEKOLAH AWAL PAGI

ITIK KE SEBERANG MENAIKI TITI
TERLANGGAR SI TUA TIDAK BERTONGKAT
BILA KE SEKOLAH BERHATI-HATI
KERANA JENAYAH KIAN MENINGKAT

KAMBING BERANAK BULAN LAPAN
ANAK KELUAR KAKI TERKANGKANG
CIKGU SIBUK MENGAJAR DI DEPAN
JANGANLAH KITA BERMAIN DI BELAKANG

CANTIK JELITA BERBAJU MERAH
ANAK MANJA KESAYANGAN AYAH
MASA PULANG JANGANLAH TERGOPAH-GAPAH
TAKKAN LARI NASI DI RUMAH

RENUNGAN BUAT SEMUA


renungan

Sesiapa yang inginkan kejayaan didunia,
maka handaklah dangan ilmu; sesiapa yang inginkan kejayaan di akhirat,maka hendaklah dengan ilmu,sesiapa yang inginkan kejayaan pada keduanya maka hendaklah dangan dangan ilmu.
"ajarkan orang yang jahil itu akan ilmu anda dan belajarlah anda dari orang yang berilmu.Andainya anda lakukan demikian nescaya anda akan tahu apa yang tidak tahu dan akan mengingat apa yang anda sudah tahu".-peribahasa arab.

Barang siapa yang menyibukkan dirinya dangan banyak membaca al-Quran daripada berdoa.Nescaya aku akan memberinya sesuatu yang lebih baik daripada apa yang aku berikan kepada orang berdoa.(Sabda Rasulullah S.A.W)



USAHLAH TERLALU BERKIRA



Usahlah Terlalu berkira
usahlah terlalu berkira
untuk melafaz terima kasih
kepada orang di bawahmu sekiranya kau teratas
kerana,
tidak akan terpatah kerusi empuknya walau selekuk,
tidak akan tersenget jawatanmu walau seinci,
tidak akan tergoyah kuasamu walau sebaris,
tidak akan terluak rezekimu walau sehiris,
tidak akan terjejas ringgitmu walau sekeping,
tidak akan terluntur warna kotmu walau setapang,
tidak akan terdebu bilik diammu,
hanya kerana melafazkan terima kasih.

usahlah terlalu berkira
untuk melafazkan terima kasih
kepada anak-anakmu,kerana
tidak akan terbanam ego seorang bapa
tidak akan terguris maruah seoran ibu
tidak akan tercalar takhta raja keluarga
tidak akan terobek singgahsana suri
hanya kerana melafazkan terima kasih.

usah terlalu berkira
untuk melafazkan terima kasih
untuk sahabatmu yang setia
kepada kawanmu yang penyayang
kepada sesiapa sahaja yang budiman
kerana kita tidak akan hilang apa-apa.

lafazkanlah terima kasih itu,
tanda kita berbudi,tanda kita menghargai,
tanda kita memuliakan,tanda kita murah hati
tanda kita berilmu,tanda kita berakal,
tanda kita membalas jasa

lafazkanlah terima kasih itu,kerana
ia mampu melunturkan duka nestapa
ia mampu nengendurkan ketenangan
ia mampu membangkitkan jiwa yang rawan
ia mampu merawat kesakitan
ia mampu memghilangkan penat lelah
ia mampu memertabatkan keinsanan....

lafazkanlah tanpa ragu, tanpa jemu
lafazkanlah dengan keikhlasan, ketulusan
usahlah kita terlalu berkira...